SOALAN-SOALAN LISAN DAN BERTULIS
MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KETIGA,
DEWAN NEGERI YANG KEDUA BELAS
PERAK DARUL RIDZUAN
Daripada: YB Encik Chang Lih Kang (Teja)
SOALAN LISAN
Bertanya kepada Y.A.B Menteri Besar:-
1) Skandal tanah RPT Kampung Sungai Itek
Dalam satu projek RPT di Kampung Sungai Itek, Gopeng, Ketua Bahagian UMNO Gopeng dan tiga ketua kampung yang dilantik oleh UMNO telah diberi kuota sebanyak 40 lot. Menurut laporan akhbar, kerajaan negeri telah menubuhkan satu jawatankuasa siasatan yang diketuai oleh SUK untuk menyiasat skandal tanah RPT Kampung Sungai Itek.
a) Apakah hasil siasatan yang didapati oleh pihak jawatankuasa siasatan?
b) Pihak manakah yang akan diambil tindakan?
c) Adakah kerajaan akan membuka keahlian jawatankuasa tanah kepada wakil-wakil rakyat Pakatan Rakyat agar satu mekanisme “check and balance” akan wujud?
2) Kebajikan masyarakat orang asli
Kebajikan masyarakat orang asli sering diabaikan oleh pihak berkuasa.
a) Kerajaan Pakatan Rakyat sebelum ini telah merancang untuk memberi tanah kepada masyarakat orang asli di negeri Perak. Adakah kerajaan akan mengikut jejak kerajaan sebelum ini?
b) Jalan masuk utama ke kampung-kampung orang asli di Gopeng (Ulu Geroh, Serkal, Ulu Geruntum, Ulu Kampar dan lain-lain) dalam keadaan yang teruk. Adakah kerajaan akan memperbaiki jalan tersebut?
c) Ada sesetengah kampung orang asli masih belum ada bekalan elektrik seperti Kampung Ulu Kampar. Adakah kerajaan akan memberi bekalan elektrik kepada kampung-kampung tersebut?
3) Wang yang dibelanja untuk iklan
Sejak Barisan Nasional merampas kuasa di negeri Perak, berapakah wang yang dibelanja oleh kerajaan negeri atas iklan, publisiti atau penerangan?
a) Iklan Menteri Besar dan isteri yang dipamerkan di papan iklan yang berada di sebelah kediaman rasmi YAB Menteri Besar melibatkan berapa kos?
b) Apakah harga biasa DBI untuk mempamerkan iklan di papan iklan tersebut (sebelah kediaman YAB MB)?
SOALAN BERTULIS
1) Pemberian tanah dan pengusiran yang menjejaskan kehidupan petani
Kerajaan telah memberikan sebahagian Lot 72291, 74267 dan tanah kerajaan seluas 50 ekar di kawasan Kampung Sungai Itek, Gopeng kepada sebuah syarikat bernama Omega Kilat Bina Sdn Bhd. Difahamkan syarikat ini akan mengusir petani-petani yang menjalankan aktiviti-aktiviti pertanian di atas tanah tersebut. Pengusiran ini telah menjejaskan kehidupan petani-petani tempatan terutamanya pembela ikan hiasan.
a) Sedangkan petani-petani telah berusaha di kawasan tersebut lebih daripada 20 tahun dan pernah mengemukakan permohonan tanah, kenapa tanah tidak diluluskan kepada mereka?
b) Adakah kerajaan akan memberikan pampasan kepada para petani yang telah kian lama berusaha di tanah tersebut?
c) Mengapa kerajaan tidak memberikan keutamaan kepada industri ikan hiasan sedangkan industri ini banyak mendatangkan keuntungan kepada Negara dengan pengeksportan ikan-ikan hiasan?
2) Lampu Jalan di Jalan Persekutuan Ipoh – Gopeng
Permohonan untuk memasang lampu jalan di selekoh Jalan Ipoh-Gopeng (Jalan Persekutuan), lebih kurang 700m dari Pekan Gopeng, telah lama dihantar kepada pihak yang berkenaan. Namun, pihak JKR mengatakan bahawa permohonan tersebut di luar bidang kuasa mereka kerana itu adalah di bawah bidang kuasa Majlis Daerah Kampar. Majlis Daerah Kampar pula mengatakan lampu jalan di jalan persekutuan tersebut adalah di bawah bidang kuasa JKR.
a) Jabatan manakah yang patut mengendalikan permohonan lampu jalan itu?
b) Mengapa kerajaan mengambil masa yang lama untuk memproses permohonan tersebut?
c) Adakah kerajaan akan meluluskan permohonan tersebut sedangkan banyak kemalangan telah berlaku di kawasan tersebut akibat kegelapan?
3) Status permohonan tapak pembinaan Dewan Orang Ramai di Lawan Kuda
Pada Mei 2008, satu permohonan telah dihantar oleh ADUN Teja untuk memohon satu tapak (LOT PA 205949) seluas 1424 m2 untuk membina Dewan Orang Ramai di Lawan Kuda.
Pada bulan Oktober, pihak Pejabat Tanah dan Daerah Kampar telahpun menghantar surat (ruj: Bil.(4)dlm.PTG&K(PK)07-1/2008) kepada Jabatan Perancang Bandar dan Desa, Majlis Daerah Kinta Selatan (sekarang Majlis Daerah Kampar) dan Bahagian Perumahan Awam SUK untuk mendapatkan ulasan. Ketiga-tiga jabatan teknikal telah membalas surat tersebut dengan ulasan “tiada halangan”. Namun, perkara ini tidak ada apa-apa perkembangan sampai hari ini.
a) Apakah status permohonan ini?
b) Secara prinsipnya, adakah kerajaan akan meluluskan permohonan tersebut?
c) Adakah kerajaan negeri akan mempercepatkan proses permohonan tapak ini sedangkan perkara ini melibatkan kepentingan rakyat di kawasan Lawan Kuda?
4) Pasu-pasu hiasan di sepanjang Jalan Raja Dr. Nazrin Shah
Sebelum ini, pihak DBI telah menempatkan banyak pasu berlubang siap dengan lampu hiasan untuk menghiaskan jalan di hadapan Hotel Casuarina dan Istana Kinta (Jalan Raja Dr. Nazrin Shah).
a) Berapakah kos untuk membeli dan menempatkan pasu-pasu hiasan tersebut?
b) Manakah pasu-pasu tersebut sekarang dan kenapa?
c) Berapa lama pasu-pasu tersebut berada di Jalan Raja Dr. Nazrin Shah sebelum dialihkan?
5) Peruntukan DUN Teja
Selepas Barisan Nasional merampas kerajaan negeri Perak, peruntukan tahunan untuk DUN Teja tidak diberikan kepada ADUN Teja.
a) Siapa yang diberi amanah untuk mengawal penggunaan peruntukan tahunan DUN Teja sebanyak RM 200,000 itu?
b) Senaraikan outright grant dan projek-projek kecil peruntukan DUN Teja yang diberikan dan dijalankan sepanjang tahun 2009.

(more…)