Pemimpin UMNO yang rakus, kakitangan kerajaan yang dikambinghitamkan!

Jika bukan kerana tekanan daripada pemimpin UMNO, DO mana nak bagi kuota kepada Ketua Bahagian UMNO? Kenapa tiada kuota seperti kuota PKR baik PAS baik DAP apabila PR memerintah?

Lu percaya makna lu mengong lah!

hamidah1

22/12/2009 – Tiada sistem kuota dalam pemberian lot tanah

Kerajaan negeri tidak pernah mengamalkan polisi sistem kuota dalam pemberian lot tanah rumah kampung tersusun.

Menurut Exco Kanan Datuk Hamidah Osman, sebagaimana yang lain, pemberian lot tanah rumah kampung tersusun juga mempunyai proses yang harus dipenuhi bagi memastikan hanya yang layak menerimanya.

Jelasnya lagi kerajaan negeri juga tidak tahu menahu mengenai beberapa lot tanah rumah di Kampung Tersusun Sungai Itek, Gopeng telah dikhaskan kepada ahli UMNO Gopeng dan ketua-ketua kampung.

Katanya kerajaan negeri hanya mengetahui mengenai hal berkenaan selepas ianya dilaporkan oleh media minggu lepas.

“Permohonan adalah terbuka, tanpa mengira latar belakang sosial. Nama-nama yang telah disenarai-pendek biasanya akan dipamerkan kepada orang ramai.

“Sesiapa sahaja boleh buat bantahan terhadap pemohon yang telah disenarai-pendek sebelum jawatankuasa tanah membuat keputusan,” katanya.

Hamidah mengulas isu yang dibangkitkan pembangkang yang mendakwa daripada 127 nama yang disenarai-pendek, 10 adalah ahli UMNO Bahagian manakala 10 lot lagi bagi ketua kampung Pintu Padang, Kampung Sungai Itik dan Kampung Jelintoh.

Beliau berkata kekeliruan itu timbul berikutan tindakan pegawai daerah Kampar yang mempamerkan senarai nama yang kononnya mengikuti sistem kuota.

“Kita akan ambil tindakan ke atas pegawai daerah itu kerana membuat tindakan yang bukan di bawah kuasanya tanpa merujuk kepada kerajaan negeri,” katanya.

Hamidah berkata pegawai daerah Kampar Ahmad Kamaruzzaman Hamzah itu bagaimanapun telah memohon maaf atas kesilapan beliau kerana mengada-adakan sistem kuota tersebut.

Beliau menambah kerajaan negeri kesal dengan tindakan Ahmad Kamaruzzaman itu kerana mengambil keputusan sendiri sehingga menjejaskan nama baik kerajaan negeri.

Hamidah berkata kerajaan negeri juga akan melancarkan satu gerakan untuk mengenalpasti dan menapis nama-nama pemohon yang berjaya mendapat lot tanah rumah kampung tersusun di Perak.

http://www.perakbn.com.my/index/news/721.html