Thu 3 Jul 2008
Teks Ucapan Pembahasan ADUN Teja
Tuan Yang Dipertua,
Y.A.B Menteri Besar Dato’ Seri Mohd Nizar, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian,
Saya mengambil kesempatan di Dewan yang mulia ini untuk merakamkan ucapan terima kasih atas Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan sempena Pembukaan Perasmian Penggal Pertama, Dewan Undangan Negeri Kedua Belas.
Zaman Pasca Pilihanraya 308
Tuan Yang Dipertua,
Terutama sekali, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada pengundi-pengundi kawasan Teja khasnya dan warga Perak secara amnya, kerana sudi memberi amanah kepada ahli-ahli Yang Berhormat dari Pakatan Rakyat untuk membentuk Kerajaan Negeri.
Keputusan pilihanraya kali ini, yang juga diungkap sebagai “Tsunami Politik”, telah terbukti bahawa rakyat Negeri Perak sudah jemu dengan politik-politik perkauman yang selama ini menjadi tunjang kepada polisi UMNO Barisan Nasional. (more…)










